Sunday, 22 January 2012

Hidup Budak Universiti :)



Assalamualaikum, hai semua haiiiiii :) Saya rindu korang semua. Ceh, takde kene mengena,excited semacam dah nih. Dah lama selama lamanya saya tak update blog saya nih kan readers? Sebelum nih sayang saya yang rela hati nak updatekan blog saya. Sayang awak lebih ah canih azim :)


Okay sekarang berbalik pada tajuk kat atas tuha. Ye, saya semakin busy sejak masuk uitm nih. Sorry readers. Ceh padahal takde sape pedulik. kfine. sampai hati korang. Azim, awak diam! haha. Hari hari saya penuh dengan kelam kabut. haha. ayat apakah itu? Saya selalu tido lambat. Assignment takyah cakap ah memang berlambak. Pastu mesti bangun awal. Takpe nak berjaya kena bersusah dahulu ye cik timah oi. cehhhh! peace :) 


Kadang kadang bila penat sangat nak nangis pun ade. Mula lah teringat kampung halaman. haha. confirm banjir bilik saya. ye, saya gembeng. betul tuh. Saya ade ramai kawan. Dorang semua okay. Saya rapat dengan ieja, ayin dan pa'a. Tapi semua kawan saya :)



Ye saya rapat dengan mereka nih. Saya sayang mereka nih :) Saya sayang semua kawan saya. Saya sayang roomate saya jugak :) Yang paling penting saya sayang Mohamad Norazim saya. Korang ade? acece. Terus terang saya cakap duduk U memang best tapi tension assignment berlambak. hihik. Saya memang lemah. Azim selalu cakap 'relax sayang'. Dia tak rasa memang ah. huh, taknak kawan awak.


Semalam saya ade event Table Manners/Etiquette. Terpaksa balik lambat. Sedih tak sedih ah kan. Kalau tak hari jumaat saya dah balik. Sebab ramai balik hari jumaat. Azim saya pun balik hari jumaat. Tapi disebabkan course Office Management ade lunch kat hotel dan wajib pegi saya terpaksa balik hari sabtu. Demi markah. hihik. fulamak ayat. 


Okay jom tengok gamba yang sempat saya klik klik.

Saya pakai baju nih je masa pegi lunch semalam. Simple okay simple. Saya makwe Mohamad Norazim :)

Saya pakai handphone Mohamad Norazim. haha. motif bagitahu? sajeee :)



Saya dapat bergamba dengan syima. yay, rindu syima. Dia ajak saya bergamba.

Tudung semakin serabut.


At last, saya makan desert nih. Dalam dia aiskrim. Sedap memang sedap tapi lama lama muak. Kalau Mohamad Norazim saya ade kan best. Saya bole suap dia. Alololo, so sweet. hehe :) Gamba makanan lain takde sebab tengah fokus makan. haha.

Okay rasanya dah berjelar dah saya bebel. Tak tahu nak bebel ape lagi. Kalau Azim dengar saya bebel mesti dia cakap 'nenek tua bebel'. hello sayang nenek tua nih lah yang awak sayang. haha. Kalau ade mase yang panjang saya update lagi okay. tata ^^,




Sunday, 1 January 2012

Hari Bahagia Saya Dan Dia :)

Assalamualaikum readers readers semua!apamacam korg semua?ada sihat ka?ini blogger boy tau,not blogger girl,dia busy sikit nak hantar kakak kesayangan dia balik ke Uitm Shah Alam!Saya Mohamad Norazim lah readers,itupun tak dapat teka!ergh!hehe :)


Okay readers,korg sihat semua?apa azam tahun baru ni?harap harap berubah menjadi lebih baik dan baik ye readers!Saya pun harap begitu lah readers!HAPPY NEW YEAR!

Seterusnya,ceh ceh,haha!Okay la,nak bercerita tentang saya dan dia pula,iaitu Fatimah Tahirah Si Budak Comel!Saya rindu dia sangat sangat tahu tak readers semua!Pada hari khamis haritu bersamaan 29 Disember 2011,Saya dan dia dating di Danga Bay dan CS!wah wah!best best!

Okay,saya mulakan bercerita,pada pagi khamis tu,saya terbangun lambat!oh tidak!bersiap punya cepat,mandi  cepat cepat,tapi wangi ah,letak sabun semua,hehe!terus pkai bju kemeja dan seluar jeans,capai kunci kereta KENARI,start,vrooommm vrooom,ambil sheila dan dirumahnya,tapi dia lambat!saya nak ambil makwe kesayangan saya di Kulai!Selepas dia siap,saya terus gerak ambil faqih dan bergerak menuju ke destinasi,yeah!ke KULAI!Dalam setengah jam sampai di Tesco Kulai,Fatimah Tahirah suruh saya menunggu di situ sahaja,apa ag geng saya pun pinjam Canon EOS 550D faqih,dan snap snap!

Tiba Tiba Fatimah Tahirah datang,yay!wah wah!terkejutnya saya,Cantik sungguh dia harini(khamis) cair hatiku*ayat xboleh blah.haha!apa ag naik kereta kenari terus gerak ke CS!agak ramai orang disana tau!fuh!crowded!makan kat MCD,tangkap tangkap gambar uh!



Okay next,fuh panjang entry saya ni,tapi takpe saya suka menaip,haha :) okay, selepas itu kami bergerak ke Danga Bay!yeah!ada event JOHO tau!best!ramai artist,Gambit,Statik dan ramai ag ah!


Ni gambar saya,ajiem,menyemak je kan,dah la tak handsome?tapi peduli apa saya!saya pakwe Fatimah Tahirah! hehe :)



Gambit!



Statik perform lagu Nikmat Sementara!Best!


Nak tahu tak?taknak tahu takpe!minggu lepas adalah minggu best!dah la anniversary,kitorg sudah 1 tahun 3 bulan!hebat tak awak awak semua ?haha :) 


Fatimah Tahirah Dan Mohamad Norazim :)


Suka Tengok Fatimah Tahirah Happy :)


Faqih and She :)

Okay,selepas itu kami pun balik,dah malam kitorg,mana jalan tah kitorg redah nak g Kulai,takut sesat je an sampai ke KL,haha :)

Saya hantar FT kat Kulai,sedih pulak nak tinggalkan dia,selepas ni dah g Melaka,hm,saya g Bandar Penawar,tapi saya tetap gembira bersama dengan dia,macam macam perkara saya dan dia telah lalui,bergaduh,suka duka,dia tetap berada di sisi saya,doakan kami berkahwin dan hidup aman dan harmoni,Amin :)

Eh,belum habis ag ke?haha,dah nak habis ni readers readers,sabar ye!okay terima kasih kepada kawan kawan saya,faqih dah she,dorg bnyk bantu saya tau!kawan sehidup semati!thanks kawan!haritu best gila dgn korang,bergelak ketawa,bergurau sama ,peh!kenangan!

The End,Assalamualaikum :)

Sunday, 13 November 2011

Lagi 2 hari saya nak jadik orang melaka.



Muka saya putih semacam macam hantu cina. abaikan =,=


Assalamualaikum :) saya Fatimah Tahirah, awak Mohamad Norazim, dan awak readers :) hihik. Rindu saya tak? Okay fine, memang takde sape pun nak rindu saya. Mohamad Norazim je rindu saya. haha. tahpape. Hm korang nak tahu tak yang saya nih lagi 2 hari akan jadik pelajar Uitm. Fuhh, berdebar debar rasanya nak adapt semua situasi kat sana. Bawak bertenang Fat oi. 


Ha, cakap pasal 2 hari lagi, macam macam persiapan saya dah siapkan. Alhamdulillah :) Saya dah buat medical checkup, saya dah shopping shopping, saya dah buat surat pengesahan semua, lagi lagi saya dah mula kms barang tapi belum siap pun. heeee :) Fuhh, besok saya nak gerak ke Melaka dah. Al-maklumlah rumah jauh so kene lah gerak awal awalkan? saya tido rumah sedara saya semalam dan pagi rabu saya pergi daftar dekat Uitm Melaka sana tuh.




Dia kakak saya. Dia pelajar Uitm Shah Alam. Dia juga salah seorang yang tolong saya siap sediakan surat, borang ptptn yang agak rumit tuh. hihik. Dier sentiasa membebel kat saya, dier cakap kalau kau tak sediakan bebetul borang ptptn tuh, kalau pegawai tuh reject borang kau, menangis kau karang. yeee, terima kasih ah kaklong bebel kat aku. sayang kauuuu <3 haha. Pasni kite cuti dah tak sama. So, kau sedih tak balik rumah nanti takde aku? haha. 




Dia adik saya. Dia kawan gaduh saya selama beberapa bulan saya menganggur dekat rumah. Dia dah mula sedih sedih sebab saya dah nak pergi Melaka. Sampaikan malam tadi dia tido sebelah saya dan mengigau menangis. Terkejut saya. Dia kata dia mimpi saya dah nak masuk U. haha. Lawak adik aku nih. Pasni kau dah takde kawan gaduh, kau sedih kannn?




Dia Putra. Saya panggil dia puput ataupun aput pun bole juga. Saya sedih sebab saya akan tinggalkan dia. Cehh, ayat kau Fat. Agak agak ah. hihik :) Saya akan rindu percakapan dier yang comel tuh. Saya akan rindu dia panggil saya 'angah' dengan suara dia yang manja manja tuh. Ya Allah, confirm saya rindu dia :'( Tunggu kak ngah balik cuti nanti okay. Jangan tak ingat kak ngah nih sape sudah lah. Kang kak ngah kejar awak put.




Mohamad Norazim :) Saya akan rindu awak gila gila. Kita dah bertambah jauh sayang. Awak kena redha tau. Ft pergi Melaka untuk belajar. Last Ft tengok muka awak hari khamis minggu lepas. Last juga kita ym. Hm hm, takpe takpe lepas nih kita bole jumpa kan sayang? Melaka dengan Bandar Penawar ala tak jauh tuh kalau naik kapal terbang. Kan sayang? hihik. Awak beli kasut New Balance? Wahhh, kita serupaaaaaa :) sep sikit. hihik. Awak jangan nenakal tau pasni. Awak jangan menggatal tau sayang. Ft cubit perut awak nanti kalau awak berani menggatal. haha. Awak jangan risau tau, InsyaAllah Ft okay kat sana tuh. tau? Hm sebenarnya Ft sedih nak jauh jauh nan awak. Tapi Ft buat cool buat lek jeee. Princess awak nih okay jeee :) Wo ai ni, ILoveYou, Aku cinta padamu-KRU. (bahagian sini agak jiwang,ignorekan jee). peaceee :)




Muka saya memang nampak happy semacam tapi hati saya siapa yang tahu kannn. hahaha. Ayat tak bole blah kot. Sorry saya rasa entry saya kali nih lebih kepada serious. Harap anda anda semua paham. Excited nak jumpa AdahAdelSyima. peacee :) Rabu nanti kita jumpa tau. Fat nak hug hug korang semua. weee :) okay tata.





Monday, 7 November 2011

Harini saya banyak makan. bestttt! :)





Assalamualaikum semua :)



 Muka rindu Mohamad Norazim.

Hai semua :) saya dah 3 hari tak text Mohamad Norazim, tak dengar suara Mohamad Norazim, tak tengok muka Mohamad Norazim. Saya rindu Mohamad Norazim gila gila. Sebab? sebab Mohamad Norazim balik kampung sempena Hari Raya Haji nih. Tak dapat contact dier sebab kampung dier langsung takde coverage. Sedih tak sedih ah kannn. huhuk. Tapi tadi, time saya sibuk meng'update' blog saya nih tetibe ade text dari Mohamad Norazim saya. excited gilaaaaa woooooo :) rindu tahu. saya gedik? okay memang pun. Saya pedulik hape. Peaceeee v''v

Okay berbalik ke tajuk entry nih. Harini saya pergi jamuan hari jadi sedara saya. Memang banyak gilos saya makan non stop. Okay itu tipu. hihik :) Memang best sebab dapat makan memacam. haha. Tahpape. Tak senonoh betul awek awak Mohamad Norazim. heeeee :) 

Saya makan nasi berlauk, saya makan sup daging dan sup ayam, lagi lagi, saya makan koktel yang macam macam buah tuh. heeeee. sedap sangat, saya makan kek memacam. Fuh, banyak ah. Buncit tau perut saya Mohamad Norazim. ihik *gelak gedik :) 

Okay jom kita tengok gamba yang kami ambil tapi ignore je kalau ade gamba yang agak blur, agak tak lawa, agak pape lagi lah. Sebab kami hanya pakai handphone sahaja. peace :)


Bufday budak comel ini dengan atoknye :)



Anak dara heee dan sorang mak dara heeee.















Ye, saya yang sangat excited. tahpape.

Okay dah settle jamuan nih semua. Saya pun balikkkkk :D dengan perasaan yang sangat happy sebab kenyang. haha. ktipu :p Ha, sebelum terlupa. Besok bufday mama Mohamad Norazim. Weeeeeeeeee :) 



Happy Birthday mama :) *tutup mulut, besarkan mata, pandang kanan kiri. Eh eh, silap. Happy Birthday makcik. Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki. okay nebes nak wish bufday mama azim. Padahal dalam blog je kot. haha. tahpape. kbai.

Lebih kurang seminggu lagi saya nak ke Uitm Melaka. Okay bawak bertenang Wahai Fatimah Tahirah :)


I Miss You and I Love You,
Mohamad Norazim :)



Wednesday, 2 November 2011

saya teruja tapi saya sedih.






Assalamualaikum :)


Hai Mohamad Norazim, hai readers haiiii :) tulisan entry saya kali nih terpaksa berlainan dengan sebelum nih sebab kalau saya pakai tulisan sebelum nih. Tetibe je kecik semacam macam semut. Kang tak pasal pasal korang kena buat spec baca entry saya. ihik *gelak maria elena :) okay berbalik kepada tajuk entry saya. Kalau nak dikira tolak bangun pagi, kemas umah, sapu umah, mandi, sidai kain, membuang masa dengan perkara tahpape tinggal 14 hari lagi saya nak pergi Uitm Melaka. Uwaaaaaa, sebenarnya banyak sangat benda yang saya belum settlekan lagi. Medical check up, surat surat yang nak disahkan, barang barang keperluan semua belum beli. Mama saya kate tunggu kakak saya balik cuti baru pergi shopping. So saya kena bawak bersabar. hehe. Tapi cuma satu perkara dah settle, Yurannnnn. yuran memang saya semangat nak bayar. hihik. bak kata adah tahpape. 


Ha kebetulan, Alhamdulillah saya bersyukur sangat sangat sebelum masuk Uitm nih saya ada dapat kawan. Saya kenal dorang nih dekat facebook.




Dia Adawiyah Norshamshah. Dia amik course Accountancy. Dia peramah. Dia comel. Dia cantik. kiteorang siap dah bincang nak daftar sesama masa 16/11 nanti dan kalau ade jodoh kite bilik sama kate adah. Sangat kelaka okay. Tadi petang saya call dier sebab terkejut muka saya terpampang kat blog dier. heee :) Thanks Adah. Nanti kite jumpa kat Melaka tau. 




Dia Syima Harun. Dia amik course Office Management, sama macam saya. Yayyyy! ade kawan. Dia lawa. Dia tetibe add saya dan terus inbox saya. Dia cakap dier sama course nan saya. wahh, excited gila saya. Dia cakap dier tahu saya daripada blog Adah tuha. heeee. nanti kite belajar sesama okay? sep sikit :) 


Seriously saya cakap saya memang excited gila nak masuk Uitm tapi dalam sudut yang lain *cehh ayatt, saya rasa sedih sebab mana taknye saya tak pernah berjauhan dengan family saya. Kira nih first time kot. Confirm time family saya anta n dorang nak balik saya buat drama swasta. ihik :) Tolong jauhkan saya dengan perasaan sedih tuh, pleaseeeee :(


So tunggu jelah hari 16 November nanti. k tata :)




I Love You, Mohamad Norazim :)



Tuesday, 18 October 2011

saya dah genap 18 tahun dah.







Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.


(Awas! entry yang agak panjang!)


sekali sekala tukar tulisan ape salahnyeee :)


Hai Mohamad Norazim :) hai readers! semua sihat? kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat banyakkan bersabar yee. hihik :) haih, lama betul saya tak update blog saya nih kan? oh btw, bila nak update blog nih perasaan malas mesti ade. haha. tolong jauhkan perasaan nih daripada saya bila saya nak masuk U nanti. haha. bole ea gitu? haha. peace Mohamad Norazim :) *takde kena mengena.




Korang semua tahu tak 7/10 tuh ade ape? ha pandai pun. nanti saya suruh Mohamad Norazim saya belanja korang semua ea. korang nak ape? *belanja gula gula seposen dua sudah. hihik :) sebenarnye kan saya nih kan nak cerita sikit. 7/10 (jumaat) tuh kan birthday saya yang korang semua dah tahu kan? *semua ke? haha. ha pastu kan hari sabtu tuh kan Mohamad Norazim saya datang kulai semata mata (takde ah semata mata sangat) nak sambut birthday saya *kesat air mata pakai baju Mohamad Norazim saya (terharu). tapi dalam masa yang sama dier pegi kulai nak tengok JOHO datang kulai.




Saya pegi jumpa dorang (Mohamad Norazim saya, Bella n Faqih) dekat IOI Mall kulai je kot. Sheila tak ikut sebab dier sakit. kesian dier weh. saya pegi sana dengan alimah <3, saya yang drive. saya gerak pegi sana pukul 12 lebih mybe. time tuh Mohamad Norazim kate dier dah masuk kulaijaya. hihik. perasaan saya time tuh takyah cakap ah, dupdup my heart wooo bila nak jmpe Mohamad Norazim saya. sebenarnya saya tak suka perasaan tuh sebab semua jadik tak kena. nak sapan pun jadik tak selera. hihik. ala, normal ah. uppa, jangan gelakkan FT okayyyy.




Then, sampai je IOI Mall tuh saya ingatkan sekadar nak jumpa je sebab dah lama tak jumpa kan. rupanya ade jugak kek kek bagai. haih, malu tahu tak saya time tuh. Bella dengan Azim saya sibuk siap siap kan kek tuh dekat kfc. yang Faqih pulak buat cam line clear ah dekat saya, saya tggu dekat luar kfc dengan Faqih and Alimah. ele, pa! awak ingat FT tak tahu awak ade bawak kek? alololo, so sweet lahhh. pastu dah siap siap semua Azim ajak saya masuk kfc. *saya terus buat muka. time tuh saya malu tahu takkk plus terharu sebenarnyeee. hihik :)





tengok kat kek tuh pun ade nama 'azim' :)


seriously, kek nih memang tersangat lah sedap. tengok macam biasa biasa je kan? tapi kalau korang makan confirm korang nak lagi. hihik. harituh kek nih tak habis makan sebab masing masing dah kenyang makan kfc. pastu azim saya suruh saya bawak balik. fuyooo, memang best :) hihik. terima kasih sayang FT :)





sebenarnye ade je lilin kat atas kek tuh tapi saya dah tiup dan cecepat dorang tanggalkan. dah macam sambut birthday masa darjah 1 pulak ade lilin lilin nih. hihik. malu tau saya, azim. tapi memang agak excited ah saya potong kek tuh. sebenarnye muka saya merah time nih (malu) tapi disebabkan flash camera tak nampak pulak merahnye. *selamat.









Siapa punya keje nih?



Faqih :)



Alimah :)



Bella :)




Dengar Mohamad Norazim saya membebel memang best. haha. terpakse buat muka makwe yang setia mendengar. yeke Mohamad Norazim? haha. peace :)



Dia memang suka sangat buat muka cmtuh. tapi saya sayang dier.
*takde kena mengena.



time nih nak tengok JOHO tuh dekat luar IOI Mall.



I Love You Uppa :)


Okay lepas dah bosan tengok JOHO tuh saya ajak dorang pegi jalan jalan. sebenarnye saya pun tak tahu kulai nih tempat yang best kat mana sebab baru je setahun duduk sini kannn. so bawak jelah dorang pegi satu tempat nih. rasanya korang penah tengok tempat nih. raya arituh saya ade bergambar kat tempat nih. hihik :)








Ha yang ini realiti bukan lagi mimpi. cehh, ayat tak bole bla kot. Mohamad Norazim saya dah ade kat sebelah saya tuhhhh. hihik :) sape tak suka kan? 





Waktu untuk kami pulang. haha. awak buatpe tuh Mohamad Norazim? haih, time nih terasa sedih pulak. haha. ha lupa pulak, korang nak tahu tak Mohamad Norazim saya nih bagi saya hadiah arituh macam ade 10 orang bagi hadiah kat saya. maksudnye ape tuh? ha banyak lah dier bagi. bukan nak mengade bangga bangga cuma saje nak cerita. haha. over? pedulik hape saya. haha. peace :)


*tak sampai lagi sebulan saya nak masuk UITM Melaka. fuhhh, takot, sedih, gembira. haha. btw, terima kasih Mohamad Norazim saya sebab berjaya buat saya happy untuk birthday saya pada tahun nih. hihik :) sayang awak lebih ah camni :) tata x.x





Tuesday, 27 September 2011

dah setahun lah weh. percaya tak?

Assalamualaikum. 

Hai Mohamad Norazim :) hai readers haiiii :) korang sehat? dah lama kan saya tak merepek ntah pape kat blog nih. oh memandangkan tangan yang sangat malas untuk menaip ayat, otak yang sangat malas nak berfikir untuk tulis ape so saya memang dah lama tak update blog nih sampaikan labah labah pun dah sempat buat sarang. haha. ktipu. shadap Mohamad Norazim. *takde kena mengena.




muka excited woooo. haha.


Berdasarkan gamba dan tajuk entry saya kali nih sah sah korang dah tahu saya nak cerita ape kannn? ataupun korang buat buat tak tahu? haha. tepat 26/9/2011 saya dan Mohamad Norazim dah setahun. haha. percaya tak? okay seriously saya cakap saya memang tak percaya okay kawan kawan tapi kena percayakan jugak. kalau korang nak tahu Mohamad Norazim nih kawan gaduh saya sepenuh masa sewaktu di sekolah dulu. oh time tuh korang takyah cakap banyak sampaikan tahap benci pun ade saya kat dier nih tau. cuba korang bayangkan ape yang korang buat, ade orang ikot, ape barang yang korang ade, ade orang amik dan nyorokkan, ape kesalahan yang dier buat, dier cakap korang yang buat. memang rasa nak hentak kepala kat meja ah kan time tuh kalau korang rasa. haha. 




Mohamad Norazim! awak ingat tak yang awak penah kacau saya time belajar kat kelas, time tengah amik exam, time kat kantin, dan kat mana mana jelah. awak mesti ade. kenapa? bole tak awak jawab soalan saya tuh? awak tahu tak time tuh saya rasa sangat annoying kat awak. awak ingat tak yang awak penah amik pencil box saya dan awak bawak balik rumah awak? awak nak buat bantal peluk untuk tido malam ke ape ha? awak tahu tak time tuh saya tak buat homework sebab pencil box saya takde. awak tak ngaku pun awak yang amik. awak ingat tak? dan awak ingat tak awak penah kacau saya time subjek sejarah tapi disebabkan saya tak layan awak, awak cakap kat Cikgu Trumay saya yang kacau awak dan saya pulak yang kena marah dengan cikgu dan terpakse kena tukar tempat duduk bebetul depan cikgu. dan time tuh awak still kacau saya. cuba awak bayangkan perasaan saya terhadap awak time tuh. saya benci awak yang time tuh. tapi sekarang, saya sayang awak. alamak, terjiwang. sorry sorry. haha. maybe disebabkan benci saya tuh bertukar jadi sayang kot sebab tuh kita bole sampai sekarang. hihik :)





dan inilah kami sekarang. siapa tak percaya sila angkat kening. haha. Terima Kasih lah Mohamad Norazim sebab pernah buat saya benci awak. Tahniah awak sangat beruntung. hakhak.  

p/s: saya dah tukar lagu kat blog nih. sila dengar! :)

I Love You Mohamad Norazim <3